Pantai Pasir Hitam
Home » Travel » Malaysia » Flying Fox Merentasi Sempadan Perak Selangor

Flying Fox Merentasi Sempadan Perak Selangor

Hampir 1 jam 20 minit berkelana dari Jalan Ampang menuju ke Hulu Selangor. Kali ini rancangan sudah dibuat dimana kami akan bermalam di Teratak Riverview Resort. Teratak yang dikatakan berada di tengah-tengah hutan dan dikhabarkan kawasan yang kami menginap ini berdekatan dengan perkampungan orang asli.



Jalan masuk ke teratak riverview yang berlopak dan sempit

Hulu Selangor?
Yup. sebenarnya kami pun tidak tahu apa yang menarik di Hulu Selangor kerana setahunya tiada apa-apa aktiviti menarik untuk dibuat disini terutamanya melibatkan industri pelancongan.

Sebaik dimaklumkan tentang wujudnya aktiviti Flying Fox Merentasi Sempadan Perak & Selangor hati rasa teruja, teruja sebab pertama kali berflying fox pun iya, teruja sebab panjangnya sampai merentasi sempadan 2 negeri pun boleh juga. Tapi dalam hati masih ternaluri dek rasa mati. Takut, cuak, gelisah bersatu terbuku dihati.

Bertolak seawal 10 pagi, singgah sana, singgah sini, lawat situ sini, akhirnya jam 2.40 ptg kami tiba di simpang jalan menuju ke resort. Sudah ternanti 3 buah lori dari simpang jalan tadi untuk kami transit pula dari bas ke lori kerana laluan sepanjang 3km menuju ke Teratak Riverview Resort tidak sesuai untuk laluan Bas.



Berlatarbelakang banjaran titiwangsa

Hampir 10 minit menempuh perjalanan yang mengembirakan akhirnya kami tiba di tempat menginap pada malam hari. sudah ternanti gantungan tali Flying Fox yang sepanjang perjalanan ke sini menjadi misteri bagi kami. Ye la katanya Merentasi Sempadan Perak Selangor.

Puas jugalah bayangkan dan tafsirkan bagaimana jalur panjangnya Flying Fox ini. Tapi memang benar ianya merentasi sempadan 2 negeri. Jangkaan panjangnya dalam lingkungan 100-200 meter dan ianya dipisahkan oleh sungai bertam yang menjadi garis sempadan diantara Negeri Perak dan juga Selangor.



Sungai Bertam, pemisah sempadan 2 negeri. Boleh juga main Tubing disini

Apa yang menariknya aktiviti Flying Fox yang kami lakukan ini diadakan pada waktu malam. Jam 9 mlm setelah diberi penerangan oleh crew yang bertugas masing-masing memulakan langkah dan menuju ke sempadan Selangor kerana Flying Fox ini bermula di sempadan Selangor dan berakhir di sempadan Perak.

Nota : Maaf! gambar aktiviti Flying Fox waktu malam tiada, sebab kami pun join sekaki. Heee….



Suasana resort, nun diatas tempat permulaan flying fox

Tiba giliran untuk beraksi, Hah! waktu ini memang sedikit rasa cuak sebab tak tahu apa yang bakal terjadi nanti, terzahir rasa gerun juga. Apatahlagi crew yang uruskan aktiviti ni maklumkan hanya 2-3 kali sahaja mereka pernah uruskan pada waktu malam.



Nun disana pula sempadan Perak, tempat berakhirnya Flying Fox

Dari atas lihat bawah boleh tahan juga tingginya. Dalam hati bermain seribu persoalan. Natijah nakal juga bersawang dikepala.

“Ni kalau aku jatuh mati aku nanti ni”

Tiba di tengah perjalanan Flying Fox, itu yang terfikirkan.

Tapi hakikatnya perasan gementar itu hanya seketika, nikmat teruja sebenarnya yang ada. Flying Fox waktu malam jangan khayal la nak dapat lihat pemandangan, warna kelam kiri kanan. Tapi memang mengasikkan.



Tunggu giliran, kali ke 2. waktu siang dah tak kelam. boleh lihat pemandangan

Kalau rasa dah biasa berflying fox pada waktu siang apakata datang di Teratak Riverview Resort, Hulu Selangor untuk mencuba sendiri pada waktu malam. Dekat sini bukan hanya ada Flying Fox saja tapi turut tersedia aktiviti lasak lain macam tubing, jambatan gantung & 4 X 4 selama 4 – 6 jam di tengah hutan Hulu Selangor. Kalau dapat buat semua ni memang menarik. Malangnya kami hanya mampu flying fox & tubing sahaja.



Salah seorang sahabat, riang riak wajah dapat flying fox kali ke 2

Apa apa pun terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak Majalah Santai dan juga Tourism Selangor yang berganding bahu menjayakan aktiviti sebegini yang diadakan selama 3 hari 2 malam sekitar Hulu Selangor.

Nak tahu kembara kami yang lain di Hulu Selangor? kenalah tunggu next artikel…



Sedikit pendakian diperlukan untuk ke tempat bermula



‘Macam tak percaya’ Katanya dalam hati



Merentasi sungai bertam dan jambatan gantung, Panorama menarik dari atas



Antara mereka yang berflying fox untuk waktu Malam & Siang



Ehhh… Macam Cha Cha Maembong la.

Previous post link
Next post link
  • Khai

    Best giler! Rugi tak dapat ikut. Hehe. Eh jambatan gantung tu kalau lalu tak terpijak bumbung ke? Tau tak harga aktiviti2 tersbut?

    • Syoktravel.Com

      Tu la bro x nak ikut lagi.. ehehe.. Lalu je bawah bumbung tak sentuh pun. Harga tak ingat pula sebab tak bertanya hari tu

Scroll To Top